TIPS UNTUK PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF
1) Tanamkan niat. Amat penting untuk bakal ibu niatkan untuk menyusu secara eksklusif seawal yang mungkin. Walaupun masih belum mengandung, kita perlu tanamkan niat tersebut. Sebab bila kita niatkan untuk menyusu secara eksklusif, secara tidak langsung kita telah menanam azam dan aura positif untuk bagi yang terbaik untuk anak kita.
2) Mohon doa daripada Allah. Jangan lupa mohon doa daripada Allah semoga dipermudahkan urusan untuk menyusu anak sehingga 2 tahun.
3) Cari ilmu secukupnya. Semua ibu-ibu perlu berusaha untuk sentiasa mencari dan menambah ilmu tentang penyusuan. Ilmu tentang penyusuan terlalu banyak. Jadi semua ibu-ibu perlu rajin ye! Terutama sekali bagi ibu-ibu bekerjaya. Mereka perlu tahu tentang pemilihan breastpump, cara menyimpan susu ibu, cara pengendalian susu ibu dan sebagainya.
4) Perlu rajin usaha, berdisiplin dan komited. Untuk berjaya dalam penyusuan secara eksklusif, semua ibu-ibu perlu sentiasa rajin berusaha dan berdisiplin untuk mengepam susu pada setiap 2-3 jam tanpa gagal untuk mengekalkan konsep demand and supply. Ini bagi memastikan penghasilan susu sentiasa konsisten.
5) Sediakan peralatan/keperluan secukupnya. Peralatan yang diperlukan semasa tempoh penyusuan seelok-eloknya disediakan sebelum bersalin bagi melancarkan proses penyusuan bayi.
6) Tawakal kepada Allah. Setelah kita telah berusaha bersungguh-sungguh, kita hendaklah bertawakal kepada Allah kerana setiap apa yang berlaku adalah dengan izinNya. Janganlah terlalu kecewa jika kita masih gagal setelah pelbagai usaha telah dibuat. Mungkin setakat itu sahaja rezeki yang Allah kurniakan untuk kita.