Monday, April 7, 2014

AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan:-
1 ekor ayam - dipotong kecil dan dibersihkan
2 btg serai - dititik
Cili giling  - 3 sudu
Sos cili - 2 sudu
Sos tomato - 2 sudu
Sos tiram - 2 sudu
Susu segar 100ml/susu cair - klu letak susu segar mmg sedap, rasa lemak
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Kunyit hidup untuk menggoreng ayam
Garam
Gula

Bahan mesin:-
2 bijji bawang besar
10 biji bawang merah
8 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas

Rempah Tumis :-
2 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis

Cara-cara:-
1. Bersihkan ayam yang telah dipotong kecil dan digaulkan dengan kunyit hidup dan garam. (Saya suka guna kunyit hidup berbanding serbuk kunyit sebab banyak khasiat jika guna kunyit hidup)
2. Perap seketika sebelum digoreng supaya dia sebati. Setelah selesai menggoreng letakkan ditepi.
3. Dengan menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan mesin dan serai sehingga naik bau.
4. Masukkan cili giling, sos cili, sos tomato dan sos tiram sehingga pecah minyak.
5. Masukkan susu segar dan kacau. Jika mahu kuah boleh la tambah sedikit air.
6. Perasakan garam dan gula. Biarkan seketika sehingga mendidih.
7. Setelah selesai, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul untuk seketika. Siap.

AYAM MASAK KURMA


Bahan-bahan :-
1 ekor ayam - dipotong kecil dan dibersihkan
2 1/2 cawan santan - 1 biji kelapa
3 sdb rempah kurma - dibancuh dengan sedikit air
4 biji kentang - dibelah 4 (tp sy suka potong kecik-12)
Minyak untuk menumis
Garam
Gula

Bahan Tumis :-
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Bahan mesin/tumbuk :-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia


Cara-cara :-
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Kemudian, masukkan bahan tumbuk dan  kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan air dan kacau seketika.
4. Masukkan ayam dan tutup periuk untuk seketika supaya ayam sebati dengan rempah tersebut.
5. Masukkan santan, kacau dan biarkan sehingga mendidih. Perasakan dengan garam dan gula. Siap.