Bahan-bahan:-
1 ekor ayam - dipotong kecil dan dibersihkan
2 btg serai - dititik
Cili giling - 3 sudu
Sos cili - 2 sudu
Sos tomato - 2 sudu
Sos tiram - 2 sudu
Susu segar 100ml/susu cair - klu letak susu segar mmg sedap, rasa lemak
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Kunyit hidup untuk menggoreng ayam
Garam
Gula
Bahan mesin:-
2 bijji bawang besar
10 biji bawang merah
8 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
Rempah Tumis :-
2 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis
Cara-cara:-
1. Bersihkan ayam yang telah dipotong kecil dan digaulkan dengan kunyit hidup dan garam. (Saya suka guna kunyit hidup berbanding serbuk kunyit sebab banyak khasiat jika guna kunyit hidup)
2. Perap seketika sebelum digoreng supaya dia sebati. Setelah selesai menggoreng letakkan ditepi.
3. Dengan menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan mesin dan serai sehingga naik bau.
4. Masukkan cili giling, sos cili, sos tomato dan sos tiram sehingga pecah minyak.
5. Masukkan susu segar dan kacau. Jika mahu kuah boleh la tambah sedikit air.
6. Perasakan garam dan gula. Biarkan seketika sehingga mendidih.
7. Setelah selesai, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul untuk seketika. Siap.